Saturday, November 20, 2010

Sayang ayah!


RAMLI BIN ZAID

Ayah saya seorang guru sekolah rendah. Yang pernah belajar dengan ayah saya selalu kata 'Cikgu Ramli datang! Senyap!' Termasuklah rakan-rakan sekelasku dahulu di Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung... hehe...

Walaubagaimanapun, saya tetap nak katakan bahawa ayah saya adalah ayah tebaik bagi saya dan adik beradik saya seramai lima orang. Saya sayang ayah!

Ayah, kalau boleh akan memenuhi semua permintaan saya. Paling ketara apabila bab belajar yang dibangkitkan. Cepat sahaja ayah cuba melunaskan segala permintaan saya. Terdetik juga hati saya kenapa ayah sanggup bergolok gadai demi memenuhi permintaan saya?

Saya mahu LAPTOP, tidak sampai seminggu ayah dah sediakan dan siap hantar ke POLITEKNIK yang jauhnya lebih kurang 180km dari rumah (3 jam perjanan). Baru hari ini saya kata susahnya hendak mencetak tugasan, esok ayah datang lagi bawa PRINTER... Terima kasih ayah...

Baru-baru ini saya sekali lagi terharu bila ayah sekali lagi menghabiskan wang ringgit demi memenuhi apa yang diminta oleh saya. Bukan murah... mahal benda ini... terima kasih sekali lagi ayah!

Pesanan ayah yang selalu diingat dan tidak mungkin saya lupakan:
1. Jangan tinggal solat;
2. Belajar;
3. biarlah saya saja yang tahu....

Teringat saya, ayah pernah mencempung saya dipundaknya bila saya tidak larat berjalan sewaktu demam. Ayah juga pernah mencubit dan merotan saya untuk memberi pengajaran (sebab saya ni degil juga). Sewaktu sekolah dulu jika ibu tidak sempat masak, ayah mesti belikan lauk kegemaran saya... terima kasih ayah!

Bila saya renung kembali wajah ayah, saya dapat lihat kedutan yang semakin banyak berselirat di wajahnya. Rambut ayah juga semakin banyak yang bertukar putih. Kadang-kala terdengar ayah batuk bila saya sedang menonton TV.  Saya tersedar satu perkara... saya andaikan anda semua juga tahu...

Terlalu banyak untuk dikatakan... banyaknya yang telah ayah berikan pada saya. Luasnya kasih sayang yang ayah hamparkan pada setiap anak-anaknya. Sabarnya ayah dengan setiap perangai kami. Terimah kasih banyak ayah! SAYA SAYANG AYAH!


Tuesday, November 16, 2010

Pertama Kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini dalam sejarah. Tanggal 16 November 2010 saya mencipta blog ini untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan. Masih banyak lagi yang perlu diatasi kelemahan blog ini. Dari masa ke masa, Insya-ALLAH akan saya cuba memantapkan lagi kandungan dan topik yang akan dibawakan dalam penulisan tidak kira karya mahupun kahidupan seharian sebagai satu contoh kehidupan makhluk di muka bumi ini. 


Berikan sokongan untuk saya terus menulis dan mencari apa itu kehidupan di muka bumi ini. 




Yang Khilaf,
gusheqin
16.11.2010